INFO PSS

      PUSAT SUMBER SMK CHINI TIMUR
PAMPLET/BROSUR PSS

PERCAPAIAN

2012  :  5 BINTANG
2011  :  5 BINTANG
2010  :  5 BINTANG
2010  :  NAIB JOHAN PSS TERBAIK SMK FELDA
             NEGERI PAHANG
2009  :  4 BINTANG
2008  :  4 BINTANG

SEJARAH

Pusat Sumber SMK Chini timur telah ditubuhkan pada tahun 2000. Pada awal pembukaannya En. Zulkifli Bin Ali telah dilantik sebagai penyelarasnya. Mulai tahun 2005 pihak sekolah telah melantik En. Mohd Amirudin Bin Abdul Wahab untuk menerajui pengurusan Pusat Sumber. Pada masa kini Pusat Sumber ini mempunyai dua komponen utama iaitu Perpustakaan Ibnu Sina dan juga bilik tayang. Selain daripada dua komponen tersebut, terdapat juga pelbagai sudut- sudut, lorong-lorong dan juga taman- taman yang dijadikan sebagai sumber untuk pelajar- pelajar mendapatkan maklumat. Ini adalah sejajar dengan konsep yang menyatakan bahawa pusat sumber merangkumi seluruh kawasan sekolah. Komponen utama pusat sumber iaitu Perpustakaan Ibnu Sina kini mempunyai hampir 9000 buah koleksi bahan bacaan.


LOKASI

- Pusat Sumber Ibnu Sina berada di aras 3 blok B.
LOKASI

VISI

Menjadikan Pusat Sumber SMK Chini Timur Sebagai Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Pahang Menjelang 2015


MISI

Menyediakan Sistem Pengurusan Dan Perkhidmatan Terbaik Menuju Ke Arah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Pahang.


PIAGAM

·        Meningkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa dengan kerjasama panitia mata pelajaran.

·        Berkhidmat dengan penuh dedikasi supaya anak-anak didik, para guru, PIBG akan mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kami.

·        Berusaha memberi kecemerlangan kepada semua murid di bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah bersesuaian dengan MOTTO PSS.


MATLAMAT

1. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah iaitu pencapaian yang cemerlang dari
    segi keilmuan, tingkah laku, sikap, peranan positif dalam masyarakat.

2. Membentuk profesion pergurusan yang berilmu, dinamik, kreatif, inovatif dan
    berdisplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru n supaya mereka  
    memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan 
    agama. Jadi amatlah penting jika semua sifat dan sikap ini diperkembangkan dalam 
    kalangan guru-guru dengan mendampingi dirinya dengan Pusat Sumber Sekolah, 
    barulah mereka boleh memimpin.

3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik dan berdisplin untuk membantu 
    pembinaan sahsiah pelajar sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif 
    apabila mereka menamatkan persekolahan dan balik ke pangkuan masyarakat. 
    Pelajar-pelajar sebagai pemimpin masa depan dan harapan negara seharusnya 
    melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan.

4. Menawarkan segala kemudahan-kemudahan dan maklumat yang diperlukan oleh 
    guru-guru dan pelajar-pelajar


OBJEKTIF

1. Mengumpul, menyimpan dan mengedar barbagai-bagai maklumat. Dunia sekarang 
    adalah dunia maklumat. Apabila guru hendak mengajar, ia mesti mempunyai 
    maklumat. Maklumat-maklumat yang dikumpul dan disimpan oleh Pusat Sumber 
    Sekolah adalah berbagai-bagai jenis dan bentuknya seperti bahan-bahan cetak dan 
    bahan-bahan bukan bercetak. Penyampaian maklumat pula dapat diperoleh dalam 
    berbagai-bagai bentuk seperti buku-buku, majalah, risalah, cd dan sebagainya.

2. Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Koleksi Pusat Sumber 
    Sekolah lengkap dan kemas kini. Setelah menggunakan Pusat Sumber Sekolah guru 
    dan pelajar-pelajar mesti ada perubahan perlakuan. Maklumat-maklumat yang 
    disampaikan mestilah yang mencabar minda dan imaginasi yang merangkumi aspek 
    kognitif, afeletif dan psikomotor.

3. Menawarkan khidmat runding dan nasihat.
    Khidmat runding dan nasihat ini hendak ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan.  
    Perkhidmatan ini diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temu 
    bual, dialog dan sebagainya. Tujuannya, mempertingkatkan produktiviti profesion 
    perguruan.

4. Membina program-program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
    Pusat Sumber Sekolah menghasilkan bahan-bahan pendidikan yang tidak dapat 
    dibeli di pasaran. Bengkel atau pertandingan boleh dianjurkan misalnya membuat 
    transperansi OHP, persembahan power point. Dengan cara ini Pusat Sumber 
    Sekolah dapat membantu guru mengurangkan kos pembelian alat-alat Bantu 
    mengajar dan melatih guru-guru lebih bersikap professional.


       PERKHIDMATAN

             PEPUSTAKAAN IBNU SINA
    •      Peminjaman dan pemulangan bahan bacaan dan bahan pengajaran.
    •      Bilik mesyuarat.
    •      Tempat perbincangan berkumpulan.
    •      Layari internet.
    •      Tayangan Astro

            SUDUT MENONTON

    • Tayangan TV
    • Tayangan Video
    • Tayang Kampus Astro


             BILIK TAYANG
    •      LCD Projektor
    •      Internet
    •      OHP
    •      Tayangan VCD
    •      Tayangan ASTRO
    •      Tayangan Siaran Televisyen


            PONDOK ILMU
    •      Tempat rehat.
    •      Tempat bacaan
    •      Tempat perbincangan.

            HENTIAN ILMU
    •       Tempat hentian rehat.
    •       Tempat bacaan.


           SUDUT PIDATO
    • Aktiviti bicara/ulasan buku.
    • Syarahan
    • Latihan pengucapan awam.


            SUDUT INTERNET
    •       Kemudahan melayari internet
    •       Kemudahan penggunaan komputer oleh pelajar secara percuma.