Thursday, May 13, 2010

Penghakiman PSS SMK Chini Timur Untuk Pertandingan PSS FELDA Terbaik Negeri Pahang






Pada 11 Mei 2010 iaitu hari Selasa Pusat Sumber SMK Chini Timur telah dilawati oleh panel- panel hakim untuk pemilihan Pusat Sumber SMK Felda Terbaik negeri Pahang. Lawati itu telah disertai oleh 6 orang pegawai yang terdiri daripada 3 orang pegawai UiTM, 2 orang BTPN dan seorang pegawai PKG Bandar Pekan. Dalam lawatan itu banyak aspek telah dinilai dan alhamdulillah Pusat Sumber SMK Chini Timur didapati tidak banyak kelemahan. Terdapat juga puji- pujian yang diutarakan oleh para juri. Semoga dengan penilaian ini, Pusat Sumber SMK Chini Timur akan memperolehi keputusan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment