Thursday, May 20, 2010

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Negeri Pahang


Pada 18 - 20 Mei yang lepas bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuantan, telah diadakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Negeri Pahang. Bengkel tersebut yang pada mulanya dikhaskan untuk guru- guru perpustakaan dan media bagi sekolah menengah FELDA negeri Pahang sahaja tetapi telah dibuka untuk semua GPM. Hampir 200 peserta telah berjaya mengikuti bengkel tersebut.Sepanjang bengkel tersebut, sebanyak 7 kertas kerja telah dibentangkan pada bengkel kali ini. Semoga bengkel ini memberikan banyak manfaat kepada kami GPM.








Selamat Hari Guru

Warga pusat sumber smk chini timur mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru- guru. Jasamu sentiasa dikenang.


Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Guru Daripada Warga Pusat Sumber SMK Chini Timur

Kami warga Pusat Sumber SMK Chini Timur ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru- guru. Jasamu sentiasa dikenang.


Penghakiman PSS SMK Chini Timur Untuk Pertandingan PSS FELDA Terbaik Negeri Pahang






Pada 11 Mei 2010 iaitu hari Selasa Pusat Sumber SMK Chini Timur telah dilawati oleh panel- panel hakim untuk pemilihan Pusat Sumber SMK Felda Terbaik negeri Pahang. Lawati itu telah disertai oleh 6 orang pegawai yang terdiri daripada 3 orang pegawai UiTM, 2 orang BTPN dan seorang pegawai PKG Bandar Pekan. Dalam lawatan itu banyak aspek telah dinilai dan alhamdulillah Pusat Sumber SMK Chini Timur didapati tidak banyak kelemahan. Terdapat juga puji- pujian yang diutarakan oleh para juri. Semoga dengan penilaian ini, Pusat Sumber SMK Chini Timur akan memperolehi keputusan yang cemerlang.