Sunday, April 10, 2011


Keputusan Pertandingan Pusat Sumber Terbaik Sekolah Menengah Felda Pahang 2010

Tahniah diucapkan kepada SMK Chini Timur kerana merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Pusat Sumber Terbaik Sekolah Menengah Felda Pahang 2010. Pusat Sumber SMK Chini Timur telah memperolehi hadiah berupa Plak,Sijil serta barangan bernilai RM3000.00. Hadiah telah disampaikan oleh Naib Canselor UiTM pada satu majlis yang dilangsungkan di UiTM Shah Alam.




SMK Chini Timur Tuan Rumah Majlis Tilawah Al-Quran 2011/1432H


Pada 6 April yang lepas, SMK Chini Timur telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Al Quran Sekolah- Sekolah Menengah Daerah Pekan bagi tahun 2011/1432H. Sebanyak 18 buah sekolah telah menyertai MTQ pada kali ini. Selain acara tilawah terdapat juga acara- acara lain yang dipertandingkan dalam MTQ pada kali antaranya ialah Nasyid, Hafazan dan Syarahan. Pada MTQ kali ini juga, Pusat Sumber Sekolah telah dijadikan lokasi bagi pertandingan Tilawah bagi kategori perempuan.