
Pada 11 Mei 2010 iaitu hari Selasa Pusat Sumber SMK Chini Timur telah dilawati oleh panel- panel hakim untuk pemilihan Pusat Sumber SMK Felda Terbaik negeri Pahang. Lawati itu telah disertai oleh 6 orang pegawai yang terdiri daripada 3 orang pegawai UiTM, 2 orang BTPN dan seorang pegawai PKG Bandar Pekan. Dalam lawatan itu banyak aspek telah dinilai dan alhamdulillah Pusat Sumber SMK Chini Timur didapati tidak banyak kelemahan. Terdapat juga puji- pujian yang diutarakan oleh para juri. Semoga dengan penilaian ini, Pusat Sumber SMK Chini Timur akan memperolehi keputusan yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment